Catatan Peristiwa

Kejohanan Olahraga Zon Pantai 2018
SK Merchong Jaya

SK Tanjung Batu menghantar wakil bagi acara Trek dan Balapan 
Tahniah kepda pemenang
Tempat Kedua Lontar Peluru Bawah 12 Perempuan : Aina Shaqila
Tempat Kedua Bawah 10 Perempuan : Raziatul Adawiyah
Tempat Ketiga Lontar Peluru Bawah 10 Lelaki : Syed Muhammad Raziq Aiman
Tempat Ketiga Lompat Tinggi Perempuan : Atiqah Najwa
Tempat Kedua 100m Bawah 10 Lelaki : Adam 

Pencapaian agak memuaskan walaupun kurang pungutan pingat diperolehi. Apapun tahniah diucapkan kepada para atlit yang bertanding

_________________________________________

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Pantai
Tahniah kepada SKTB sekali lagi mengekalkan kemenangan bagi katogeri Nasyid berkumpulan.
Tahniah juga kepada yang mendapat tempat ke dua dan ketiga bagi kategori hafazan, tilawah dan bercerita..

Keputusan 
Johan kategori Nasyid
Naib Johan kategori Hafazan Lelaki
Naib Johan kategori Bercerita Perempuan
Tempat Ketiga kategori Tilawah 




_________________________________________________

Mesyuarat Agong PIBG kali ke 35..
Tahun ni ada perlantikan AJK baharu bagi PIBG.. Tahniah kepada YDP yang baharu En Izalmudin
AJK PIBG bagi sesi 2018/2019
YDP : En Izalmudin
Naib YDP : EN Shifful Bahari
Setiausaha : Pn Roziliana
Bendahari : Pn Hamidah

Tahniah

_______________________________

Majlis Perpisahan Guru Besar SK Tanjung Batu (En Baseli)..
Sekalung penghargaan dari SK Tanjung Batu khas buat Guru Besar atas khidmat yang cemerlang sepanjang empat tahun di SKTB.. Segala tunjuk ajar dari cikgu akan kami kenang sepanjang masa.. Moga kekal berjaya di tempat baru...

______________________________________________________________

Kejohanan Bola Baling MSSD Daerah Pekan
Tarikh : 7-8 Feb 2018
Tempat : SMK Ahmad

Seramai 1 atlit wanita dan 4 atlit lelaki telah mengambil bahagian bagi mewakili zon pantai pada kejohanan kali ini. Bagi kategori wanita zon pantai telah berjaya meraih tempat ke-2 berbanding tempat ke-3 pada tahun 2017. Manakala bagi pasukan lelaki pula, mereka sekadar di tempat ke-4 berbanding juara pada tahun sebelum. Senarai nama pemain SK Tanjung Batu yang mewakili zon pantai :
1. Nurul Ain Syafiqah
2. Mohammad Azim Al Amin
3. Muhammad Irfan Dzikri
4, Muhammad Adam Shah
5. Aliff Hakimi (diganti oleh Afizul)

Tahniah.





_________________________________________

Kejohanan Badminton MSSD Daerah Pekan
Tarikh 31 Jan - 1 Feb 2018
Tempat : SMK Peramu Jaya

SK Tanjung Batu telah menghantar 4 wakil bagi kategori beregu lelaki dan perempuan bagi mewakili Zon Pantai. Kategori beregu lelaki kecundang di pusingan awal setelah tewas tipis 29 berbalas 30 mata. Manakala bagi kategori beregu wanita, mereka mendapat tempat ketiga setelah tewas di pusingan separuh akhir dengan Zon Chini. Walau apapun tahniah diucapkan dan teruskan usaha. 
Murid yang terlibat ialah :
1. Muhammd Azim Al Amin (beregu lelaki)
2. Aliff Hakimi (beregu lelaki)
3. Nurul Ain Syaqila (beregu wanita)
4. Nurriyanie Batriesyia (beregu wanita)

Terima kasih tak terhingga juga kepda guru yang sudi menemani atlit SK Tanjung Batu sepanjang 2 hari kejohanan : Cikgu Amar, Cikgu Ayu dan Cikgu Nadiah




__________________________________________

Kejohanan Bola Baling MSSD Zon Pantai
Tarikh : 31 Januari 2018
Tempat : SK Sinar Mutiara

SK Tanjung Batu mengambil bahagian memalui 2 kategori iaitu Lelaki bawah 12 dan perempuan bawah 12. Kaputusan menunjukkan peningkatan dari tahun sebelumnya iaitu bagi kategori perempuan dan lelaki pada tahun lepas masing-masing mendapat tempat ke-5, tetapi pada tahun ini, kategori perempuan meraih tempat ke-4 manakala kategori lelaki mendapat Naib Johan. Tahniah diucapkan, seramai 4 atlit dari kategori lelaki dan 2 dari kategori perempuan terpilih bagi mewakili zon Pantai pada Kejohanan Bola Baling MSSD Daerah. Mereka ialah
1. Muhammad Irfan Dzikri (Tahun 6)
2. Muhammad Azim Al Amin (Tahun 6)
3. Aliff Hakimi (Tahun 6)
4. Muhammad Adam (Tahun 4)
5. Nurul Ain Syaqila (Tahun 6)
6. Nurriyanie Batrisyia (Tahun 5)
Tahniah dan syabas juga diucapkan diucapkan kepada Cikgu Shamsul yang telah mengajar murid-murid tanpa kenal erti penat lelah. Juga terima kasih kepada guru bantu Cikgu Ibrahim dan Cikgu Ali. Tahniah dan syabas juga kepada guru Bola Baling yang telah sama-sama berpanas dengan murid sepanjang kejohanan Cikgu Ain, Cikgu Rozi dan Cikgu Hamidah




30 Januari 2018, SK Tanjung Batu sekali lagi mengambil bahagian dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah, Sebanyak 8 peserta terdiri daripada 4 lelaki dan 4 perempuan telah mengambil bahagian di kejohanan ini yang berlangsung di Zon Chini. Bagi penyertaan kali ini, peserta dari SK Tanjung Batu meraih tempat ke 7 dan 8 bagi kategori lelaki. Tahniah dan syabas...
Ahmad Nasrul Fitri, Tempat Ke-7

Mohammad Haziq Danial, Tempat Ke-8
______________________________________________________________

29 Januari 2018, Kejohanan Ping Pong Zon Pantai. SK Tanjung Batu telah menyertai kejohanan tersebut dalam katogeri perseorangan dan beregu lelaki dan wanita. Bagi Kejohanan kali ini, Peserta/ atlit berjaya mara ke peringkat suku akhir, walaupun tiada sebarang medal dibawa pulang, tahniah dan syabas diucapkan. Moga tahun depan kita akan lebih berjaya 
Antara aksi perlawanan atlit Ping Pong SK Tanjung Batu
_______________________________________________________________

Pada hari yang sama juga, SK Tanjung Batu telah membuat majlis penyerahan watikah perlantikan kepada pemimpin muda SK Tanjung Batu, Sebanyak 80 murid terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Buku Teks, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas telah diberi watikah perlantikan bagi menjalankan tugas masing-masing sepanjang tahun 2018,. Tahniah diucapkan dan moga anak-anak SK Tanjung Batu ini berjaya menjalankan amanah yang diberi dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab
Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas

Pengawas Buku Teks

Pengawas Pusat Sumber

Pengawas Sekolah


___________________________________________________________

25 Januari 2018, SK Tanjung Batu sekali lagi mencipta sejarah peribadi dengan menjadi Johan Pertandingan Sepaktakraw antara regu Zon Pantai 2018. Berkat hasih usaha dan kesungguhan guru dan para pemain. Tahiah diucapkan dan semoga kekal menjadi no 1 di Zon Pantai 

Berdiri dari kiri : Cikgu Amar, Haziq, Thaqif, Fahmi, Afizul, Alif dan Cikgu Tarmizi


__________________________________________________________________

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi. Tanggal 23 Januari 2018 menyaksikan SK Tanjung Batu kembali ke landasan asal dalam bidang kokurikulum terutama dalam sukan dan permainan, dimulai dengan sukan Badminton Peringkat Zon Pantai menyaksikan beberapa pingat telah berjaya diraih oleh murid-murid SK Tanjung Batu. Tahniah diucapkan kepada anda di atas kejayaan anda pada tahun ini. Terima kasih juga kepada guru-guru yang tidak mengenal erti penat lelah dalam mendidik anak-anak sehingga mendapat keputusan yang cemerlang: 

Naib Johan Kategori Beregu Lelaki : Muhammad Azim Al-Amin & Aliff Hakimi

Johan Kategori Beregu Wanita : Nurriyani Batriesya & Nurul Aina Syaqila
Tempat Ke-3 Perseorangan Wanita : Nurul Hashira

Juga tahiah kepada lain-lain peserta yang menyertai:
Muhammad Irfan Dzikri
Muhammad Afizul Aiman
Balqis Eddrina


_______________________________________________________________




Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan dalam 1 Malaysia pada semua..
Sesi 2018 bermula pada tahun ni dilimpahi curahan hujan di bumi SK Tanjung Batu..
Minggu Transisi sudah masuk ke minggu yang kedua dan semuanya berjalan dengan baik walaupun ada dari kalangan murid OA yang masih tidak hadir..\
Moga semuanya akan kembali normal secepatnya...
Apapun tahniah dan selamat datang ke alam 2018
Sebelum terlupa... Selamat maju jaya kepada Pn Rasulahmanis di atas perpindahan atas sebab kenaikan pangkat.. dan selamat menjalankan tugas ditempat baru.. kami senantiasa menyokong anda..
Juga selamat datang kepada warga baru ke SK Tanjung Batu (you know who you are) dan moga kita sama-sama success pada tahun ini...

Sentiasa ingat Sekolah Kita Tanggungjawab Bersama...

Sekian
______________________________________________________________
_________
_______________________________________________